28 May 2012

mercurial (bab 10)

Bab 10

Nescafe campur Milo atau Neslo Aina kacau dengan kadar kelajuan 1 meter per saat. Mata Aina mengikut pergerakkan tangan yang sedang mengacau. Bosan menunggu orang yang janji mahu berjumpa di mamak tapi tak muncul-muncul juga. Akhirnya telefon bimbit Aina keluarkan dan butang applikasi di tekan. ‘’  Main Parkour lagi best. ‘’ getus hatinya.

‘’ Mana la Fara dengan Wan ni. Kalau macam ni la aku tunggu boleh berjanggut kambing aku . ‘’ Aina membebel seorang diri.

Lagu Linkin Park – Faint bermain apabila Fara menelefon telefonnya.

‘’ weh mana kau? Aku dah berjanggut kambing tunggu ni hah ‘’

‘’ …… ‘’

‘’ apa? Kenapa tak boleh datang? ‘’

‘’ ……. ‘’

‘’ ish boss kau tu tak reti ke nak buat meeting pagi-pagi. Ni dah pukul 5 lebih sibuk la dia nak buat meeting. ‘’

‘’ ..... ‘’

‘’ ala Atila ada photoshot, Hanie on-call , Mawar ada kursus, Zza sekarang ada dekat Scotland ada seminar dengan bank sana, tinggal kau dengan wan je. Sekarang tinggal Wan je. Wan sekarang tak boleh keluar lagi dia kena submit last projek dia dekat boss dia. Biasa lah dia kan Ir. ‘’

‘’ ...... ‘’

‘’ hmm ye lah. Tak pe lah pergi la meeting kau tu. Tapi kau hutang aku Mega Mac! ‘’

‘’ .... ‘’

‘’ bye. ‘’ telefon bimbit di renung sebentar kemudian jari pantas meluncur pada skrin untuk sambung bermain game yang tergendala sebentar tadi. Mata dan tangan bergabung serentak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada permainan.

‘’ Dah nak dekat high score dah. Nak menang dah ni. ‘’ , Aina membebel sorang-sorang.

Tanpa di duga kerusi di hadapan Aina ditarik dan ada orang duduk di kerusi itu. Laaa, dah sah-sah la orang sebab ini kedai makan, tapi siapa.

‘’ err meja ni ada orang Encik. Maaf. ‘’ mata Aina masih tertumpu kepada skrin telefonnya.

‘’ saya tahu orangnya awak tapi saya nak duduk juga. ‘’ Aina terus mengangkat kepala pakej dengan mulut ternganga. ADRIAN ALIFF! Pergghh, asal macam hensem sangat mamat ni hari ni. Lengan kemeja lipat sampai siku. Tie longgar, butang baju paling atas terbuka. Rambut pun macam tak sikat jadi macam serabut sikit tapi masih nampak kemas. Ada aura jejaka idaman Malaya mamat ni.

‘’ haha tak payah la nganga macam tu sekali. ‘’ amboi gelak dia pun merdu je. Macam melodi je aku dengar. Suara di pun slow-slow macam seksi semacam je aku dengar. Ehhh!! Apa hal aku ni? Masalah mental ke? Puji mamat ni. Masyaallah!!

‘’ buzz buzz ‘’ bunyi telefon bimbit di tangan Aina membuatkan matanya terus tunduk melihat telefonnya. Di skrin telefonnya tertulis besar ‘ GAME OVER ‘ 

‘’ arghhhhhh!!! Tak guna!!! Dah game over!!! ‘’ jerit Aina tiba-tiba. Semua mata melihat Aina. Aliff pun terkejut melihat Aina tiba-tiba sahaja menjerit.

‘’ apa yang Game Over? ‘’ tanya Aliff

‘’ Parkour ni! ‘’ telefon bimbit Aina di tala ke muka Aliff. Aliff terpaksa berundur kebelakang sedikit supaya telefon itu tidak mencium mukannya.

‘’ ohh ‘’

‘’ ohhh??? Itu je?? Awak tahu tak berapa lama saya main ni? Setengah jam yang lalu tahu tak. Dah nak dekat sampai high score dah. Awak ni kenapa??? ‘’

‘’ ehh jangan la marah saya. Saya tak tahu awak tengah main. ‘’

‘’ eiii geramnya!!! ‘’ Aliff mencapai telefon bimbit di tangan Aina dan mula menggerakkan jarinya.

‘’ nak buat apa tu? ‘’ Aina tanya kasar.

‘’ nak tebus kesalahan. ‘’ sampai situ sahaja dan sepuluh minit kemudian barulah Aliff angkat muka melihat Aina yang tengah khusyuk main game di Ipod Touchnya. Biasa lah anak loaded. Semua ada. Silap hari bulan, kilang Apple tu pun dia boleh beli.

‘’ Aina … ‘’ Aliff menghulurkan telefon bimbit Aina kepada Aina semula.

‘’ sambung lah main. Saya main sampai lagi sikit nak beat high score awak. ‘’

‘’ tapi kira awak yang main bukan saya. ‘’

‘’ ehh tak lah awak yang main sebab tadi masa saya datang kan awak tengah main lepas tu awak kalah sebab saya. Jadi saya mainkan balik bagi sampai mana awak main jadi awak sambung la. bila menang awak yang menang. ‘’ pening Aina dengar penjelasan Aliff .

‘’ haaa ye lah. ‘’ Aina sambung main dan senyuman lebar terukir di bibirnya. Dah menang la tu. Telefon bimbit di simpan dan kini dia menatap muka Aliff beberapa saat sebelum mengeluarkan satu soalan.

‘’ buat apa dekat sini ? ‘’

‘’ laaa ni kan kedai makan. Dah sah-sah la saya datang makan. ‘’

‘’ ye la tapi kenapa kedai makan ni. Tak de kedai lain ke? ‘’

‘’ masalahnya kedai makan ni dekat dengan office saya. Dan saya pun selalu makan dekat sini. Sebab tu la saya datang makan dekat sini. ‘’

‘’ bukan office awak jauh ke dari sini. Awak kena drivekan ke sini ? ‘’

‘’ ye la tapi kedai makan ni kira macam dekat lah dengan office saya. ‘’

‘’ hmm suka hati la. ‘’ Aina akhirnya mengalah.

‘’ err nah. ‘’ Aliff menguhulurkan sesuatu kepada Aina. Satu kotak bersaiz sederhana kecil.

‘’ apa ? ‘’ Aina masih membiarkan Aliff menghulur kotak itu kepadanya.

‘’ err tak tahu la awak suka ke tak. Tapi saya suka kalau awak pakai. Ambik la. saya ikhlas. ‘’

‘’ err terima kasih? ‘’ Kotak itu akhirnya disambut Aina.

‘’ Sama-sama. Ehh tu Wan dah sampai. Byee. Assalamualaikum. ‘’ Aliff bangun dan meninggalkan meja Aina.

‘’ waalaikumsalam. ‘’ jawab Aina perlahan.

@@@@@@@

‘’ kau betul ke nak kahwin dengan dia? ‘’ buat kesekian kalinya Wan tanya Aina.

‘’ ye betul la. Aku tak nak jadi anak derhaka. ‘’

‘’ kalau kau dah cakap macam tu aku tak boleh nak cakap apa-apa dah tapi kau kena pikir betul-betul apa yang kau buat ni. ‘’

‘’ ye. ‘’

‘’ jadi kau serius? ? ‘’  

‘’ yup! ‘’

‘’ sure? ‘’

‘’ absolutely. ‘’

‘’ Are you prepare? ‘’

‘’ Hmmm, boleh la. ‘’

‘’ okay. ‘’

Itu lah perbualan antara Wan dengan Aina selepas Aina cerita tentang keputusannya.

‘’ so bila korang kahwin? ‘’

‘’ hujung minggu ni. ‘’ terjatuh rahang Wan mendengarnya.

@@@@@@

‘’ Aku terima nikahnya Aina Nadhirah Binti Mokhtar dengan mas kahwinnya RM 1701.00 tunai. ‘’

‘’ sah? ‘’

‘’ sah. ‘’

Dengan satu lafaz je Aina dah sah jadi isteri Aliff. Macam wanita-wanita lain pasti akan mengalirkan air mata apabila mengetahui yang dia dah sah jadi isteri orang lain. Aina pula ? hmm seperti wanita melayu yang tipikal tentu sekali dia menangis.

Perlahan-lahan Aliff jalan ke arahnya dan melutut di depannya. Aliff menghulurkan tangan dan Aina menyambutnya. Tidak tahu mengapa tapi tangan Aina seolah-olah secara automatiknya menyambut tangan Aliff dan menciumnya. Kepala Aina pula dikucup lembut oleh Aliff. Air mata jernih mengalir dari mata Aina. Tangan kanan Aina yang masih di dalam pegangan Aliff itu, Aliff genggam sebelum menyarungkan sebentuk cincin .

@@@@@@@

‘’ weh hensem ah laki kau. ‘’ kata Zza. Aina dan rakan baiknya semua ‘melepak’ dekat luar rumah. Majlis perkahwinan diadakan secara kecil-kecilan. Hanya rakan-rakan dan keluarga terdekat yang dijemput. Majlis ini sekadar mahu ‘mengikat’ Aina dengan Aliff. Majlis sebenar dirancang akan dilaksanakan dua minggu lagi.

‘’ tu la. kau pun boleh tahan cantik tapi kenapa pakai baju kurung je? ‘’ Atila bertanya.

‘’ aku selesa pakai baju kurung. ‘’ jawab Aina mudah

‘’ tapi kau tak teringin ke nak pakai gown ke, tak pun kebaya pun standard la juga ni baju kurung. Dah la baju polkadot. Nasib putih kalau hitam aku tak tahu la. ‘’ Hanie pula mencelah.

‘’ ehh biar la aku yang kahwin bukan kau. ‘’ bidas Aina

‘’ tapi ye la weh kenapa pakai baju kurung ? ‘’ tanya Fara pula

‘’ sebab dia lagi cantik berbaju kurung. ‘’ semua berpaling melihat suara siapa yang berkata-kata itu. Aina tidak perlu berbuat demikian kerana dia sudah kenal sangat suara siapa itu.

‘’ eh korang aku dahaga jom masuk nak? ‘’ wan tiba-tiba berkata. Yang lain pun mengangguk dan mengikut Wan masuk ke dapur. Kini tinggal Aina dan Aliff sahaja di luar. Aliff mengambil kerusi di sebelah Aina. Aina sibuk memandang ke arah langit. Pura-pura mencari bintang.


‘’ Aina cari apa ? Orion ke ? ‘’ Aliff membuka bicara. Matanya juga ligat mencari bintang Orion.

‘’ mana ada Orion sekarang ni. Big Dipper mungkinlah nampak. ‘’ jawab Aina acuh tak acuh. Aliff hanya mendiamkan diri. Setelah 10 minit mencari akhirnya Aliff bersuara,

‘’ Aina tu Orion!’’ jari telunjuk Aliff lurun menunjukan ‘ Orion ‘ nya di langit, namun hampa.

‘’ tak de pun. Tipu je lebih. ‘’

‘’ adalahh tengok tu. ‘’ Aina berpaling dan mengadap ke arah jari telunjuk Aliff . secara langsung muka Aina juga lebih kurang lima inci dari muka Aliff.

‘’ mana Orionnya. ‘’

‘’ ada hah … ‘’ Aliff memaling mukanya menghadap Aina dan menyambung, ‘’ dekat depan mata Aina je. ‘’selesai itu Aliff mencium bibir Aina. Aina tersentak namun sudah tidak dapat melakukan apa-apa.  


Aliff akhirnya melepaskan bibir Aina dan tersenyum apabila melihat muka Aina menjadi merah.


'' hmmm rasa chocolate lah. '' bertambah lebar Aliff senyum apabila muka Aina menjadi merah yang teramat merah.






EHH PENDEK KE? MAAF! sekarang cuti sekolah jadi banyak lah masa saya nak buat cerita ni. bersabat ye. :)